Pages

Wednesday, January 26, 2011

Part 1. Pengenalan : Aku Dan HIV...

11.01.2011. Sejarah Hitam tercatat buatku....
"Anda positif HIV!!!" Kata-kata pedih yang dilafazkan oleh doktor itu bagaikan satu panahan beracun tepat ke jantungku ini. Seperti yang sudah ku jangkakan, bermulalah Episod Hitam dalam kisah hidupku sebagai penghidap Virus Maut itu. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan bagaimana remuk, hancur dan punah jiwa ini untuk menerima kenyataan. Namun, apalah dayaku untuk melawan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkanNya buat ku. Diri ini mulai belajar untuk redha, pasrah dan tabah..... 'Ya Allah, kuatkanlah diriku dalam menempuh dugaan yang begitu berat ini...
Ujian darah sebanyak dua kali yang dijalankan, menguatkan lagi kenyataan bahawa aku harus berdepan realiti bahawa badanku secara saintifiknya mula melemah. Sel-sel virus jahat itu sudah hampir 3 tahun berada di dalam tubuhku. Ya.... aku akui sistem pernafasan ku sudah mula tidak selesa, badanku semakin lemah, tubuhku semakin kurus, mulut dan lidah ini sudah agak lama tidak dapat berfungsi dengan baik. Hakikatnya, jasad yang dulunya sihat walafiat, kini semakin musnah dan hancur secara perlahan-lahan. Adakalanya aku benar-benar berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi, kata-kata doktor itu hanyalah gurauannya sahaja.... Tapi.... hmmmm hambaMu  akur dengan kehendakMu Ya Allah...

* Segala yang ada di Dunia ini adalah sekadar pinjaman yang bersifat sementara. Kelak segalanya akan pulang kepada pemiliknya, Allah Yang Maha Mencipta.

10 comments:

  1. akk harap khai bersabar dan tabah dgn dugaan ini, berat bahu yg memikulnya, tp yakin la Allah sentiasa bersama khai

    ReplyDelete
  2. sabarlah dik

    adik jadikan blog ini sebagai rujukan..

    http://akuhivpositif.blogspot.com

    byk info yang sgt berguna boleh di dapati di sini

    ReplyDelete
  3. Awak boleh cuba rawatan islam.. semua penyakit ada penawar..sye x percaye la org cakap hiv x de penawar..

    ReplyDelete
  4. Awak boleh cuba rawatan islam.. semua penyakit ada penawar..sye x percaye la org cakap hiv x de penawar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.. Maaf ada ker pusat rawatan islam

      Delete
    2. Assalam.. Maaf ada ker pusat rawatan islam

      Delete
  5. al fatihah penulis blog telah pulang ke rahmatullah sehari sebelum umat islam berpuasa, kehilangannya bagaikan satu mimpi... semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yg beriman... arwah berjuang sehingga ke hujung nafas yg terakhir...

    ReplyDelete
  6. al fatihah penulis blog telah pulang ke rahmatullah sehari sebelum umat islam berpuasa, kehilangannya bagaikan satu mimpi... semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yg beriman... arwah berjuang sehingga ke hujung nafas yg terakhir...

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah..takziah kepada keluarga arwah...

    ReplyDelete