11.01.2011. Sejarah Hitam tercatat buatku....
"Anda positif HIV!!!" Kata-kata pedih yang dilafazkan oleh doktor itu bagaikan satu panahan beracun tepat ke jantungku ini. Seperti yang sudah ku jangkakan, bermulalah Episod Hitam dalam kisah hidupku sebagai penghidap Virus Maut itu. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan bagaimana remuk, hancur dan punah jiwa ini untuk menerima kenyataan. Namun, apalah dayaku untuk melawan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkanNya buat ku. Diri ini mulai belajar untuk redha, pasrah dan tabah..... 'Ya Allah, kuatkanlah diriku dalam menempuh dugaan yang begitu berat ini...
Ujian darah sebanyak dua kali yang dijalankan, menguatkan lagi kenyataan bahawa aku harus berdepan realiti bahawa badanku secara saintifiknya mula melemah. Sel-sel virus jahat itu sudah hampir 3 tahun berada di dalam tubuhku. Ya.... aku akui sistem pernafasan ku sudah mula tidak selesa, badanku semakin lemah, tubuhku semakin kurus, mulut dan lidah ini sudah agak lama tidak dapat berfungsi dengan baik. Hakikatnya, jasad yang dulunya sihat walafiat, kini semakin musnah dan hancur secara perlahan-lahan. Adakalanya aku benar-benar berharap bahawa semua ini hanyalah mimpi, kata-kata doktor itu hanyalah gurauannya sahaja.... Tapi.... hmmmm hambaMu akur dengan kehendakMu Ya Allah...
* Segala yang ada di Dunia ini adalah sekadar pinjaman yang bersifat sementara. Kelak segalanya akan pulang kepada pemiliknya, Allah Yang Maha Mencipta.
akk harap khai bersabar dan tabah dgn dugaan ini, berat bahu yg memikulnya, tp yakin la Allah sentiasa bersama khai
ReplyDeleteYa Allah... semoga terus tabah
ReplyDeletesabarlah dik
ReplyDeleteadik jadikan blog ini sebagai rujukan..
http://akuhivpositif.blogspot.com
byk info yang sgt berguna boleh di dapati di sini
Awak boleh cuba rawatan islam.. semua penyakit ada penawar..sye x percaye la org cakap hiv x de penawar..
ReplyDeleteAwak boleh cuba rawatan islam.. semua penyakit ada penawar..sye x percaye la org cakap hiv x de penawar..
ReplyDeleteAssalam.. Maaf ada ker pusat rawatan islam
DeleteAssalam.. Maaf ada ker pusat rawatan islam
Deleteal fatihah penulis blog telah pulang ke rahmatullah sehari sebelum umat islam berpuasa, kehilangannya bagaikan satu mimpi... semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yg beriman... arwah berjuang sehingga ke hujung nafas yg terakhir...
ReplyDeleteal fatihah penulis blog telah pulang ke rahmatullah sehari sebelum umat islam berpuasa, kehilangannya bagaikan satu mimpi... semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yg beriman... arwah berjuang sehingga ke hujung nafas yg terakhir...
ReplyDeleteAl-fatihah..takziah kepada keluarga arwah...
ReplyDelete